Wednesday, April 28, 2010

Pengenalan Syarikat

KRONO JAYA ENTERPRISE telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 7hb April 2004 sebagai sebuah Syarikat Perniagaan Milikan Tunggal kepunyaan usahawan Bumiputera. Penubuhan syarikat ini adalah berdasarkan minat pemiliknya yang mendalam di dalam bidang perniagaan.

Syarikat ini telah menunjukkan potensi untuk berkembang maju dalam tempoh yang singkat. Menyentuh aspek persaingan dalam merebut peluang yang ada, KRONO JAYA ENTERPRISE sentiasa merancang dan mengatur strategi perniagaan serta penambahbaikan bagi memastikan kejayaan syarikat akan tercapai di masa akan datang.

Dari segi tenaga kerja pula, kami mempunyai tenaga kerja yang mahir serta berpengalaman luas di dalam sesuatu bidang kerja yang berkaitan. Adalah tinggi harapan kami agar Profil Perniagaan yang mengandungi maklumat-maklumat tentang syarikat dan gambaran aktiviti kami tawarkan dapat menyampaikan mesej kepada para pelanggan, ianya merupakan salah satu cara pendekatan yang berkesan dari sudut pemasaran.